Aidila Razak
Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini.
"Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya.
"Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu.
Menurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan.
Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan