Selasa, 13 Disember 2011

DAP: Bil Pengkomputeran sekat kebebasan bersuara

MALAYSIA KINI

DAP hari ini memberi amaran bahawa rang undang-undang Pengkomputeran Profesional 2011 (CPB) yang dicadangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat.

dap scholarship fund pc 130607 tony puaCPB adalah usaha kementerian untuk mengawal selia semua ‘perkhidmatan pengkomputeran’ yang dibekalkan oleh entiti atau individu yang berkaitan dengan klasifikasi ‘infrastruktur maklumat kritikal kebangsaan’ atau CNNI, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Dalam kenyataan medianya, hari ini, Pua berkata rang undang-undang itu mentakrifkan 'perkhidmatan pengkomputeran' sebagai mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk 'pelan, arkitek, reka bentuk, membuat, membangun, melaksana, menggunakan dan mengurus teknologi sistem maklumat'.

"Berdasarkan kepada definisi ini, skop perkhidmatan itu akan meliputi apa-apa dari membina laman web kepada pembinaan pelayan (server) komputer hingga reka bentuk dan pembangunan mana-mana produk komputer - sama ada perisian atau perkakasan.

"Malah, penubuhan blog dan portal berita, atau pun menggunakan akaun Facebook dan Twitter juga boleh diklasifikasikan sebagai dilindungi mengikut 'perkhidmatan pengkomputeran'," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.

azlanSebaliknya, CNNI kata Pua, ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara sehingga ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan amat buruk kepada ekonomi dan imej negara, termasuk kepada pertahanan dan keamanan negara atau keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam '.

Tiada ulasan: