Ahad, 25 Disember 2011

Banjir : Kenyataan Pemimpin BN Diselar

Oleh Ibn_bacoks


imagePONTIAN – Dr. Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR menyelar satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang anggota Parlimen Barisan Nasional negeri ini berkenaan cara Kerajaan Johor menangani masalah banjir.

Katanya lagi, adalah suatu perkara yang janggal situasi banjir itu dikaitkan dengan bencana alam sedangkan masalah seperti itu boleh berlaku kerana kebanyakannya mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan persiapan atau dipanggil bantuan yang telah disediakan didakwa tidak sampai ke golongan sasar sebaliknya ada tangan ghaib yang mendahuluinya.

”Apa yang disebut YB BN, persiapan itu hanya hadapi bencana alam.

”Bila hujan datang, (berlaku) banjir. Dia siapkan bantuan seperti sampan, motorbot untuk pindahkan orang (supaya kerja-kerja pemindahan menjadi) senang.

”Kedua, bila ada bantuan mencurah, Sebahagian besar (agihan bantuan) akan pergi ke ketua kampung. Sampai ada ketua kampung terpaksa ditangkap (adakah) kerana gelapkan barang bantuan?,” dakwa beliau lagi.

Malah, beliau turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya membuat kenyataan seperti itu sedangkan perkara ini merupakan tanggung jawab sebuah kerajaan bagaimana mahu menguruskannya.

”Dia hanya (apabila) hadapi apabila bencana alam. Kerajaan manapun mesti buat. Bila jadi kerajaan, dia kena buat tanggung-jawab itu,” jelasnya lagi ketika menyampai satu ceramah umum anjuran PKR Cabang Pontian di Dun Benut baru-baru ini.

Beliau menambah lagi dengan katanya akibat gagal mengurus agihan berupa barang bantuan maka beliau beranggapan bahawa kerajaan BN tidak melaksanakan tanggung jawab dengan betul.

”Ini bezanya ada kerajaan tak bertanggung-jawab. Seleweng bantuan dan kemudahan untuk kroni-kroni mereka. Cara manusia @ BN urus masalah negara.

”Tapi kerana rakus, tamak dan mahu cari kekayaan, kita terpaksa hadapi masalah,” katany lagi.

Justeru, terangnya lagi kerajaan BN telah gagal menguruskan negara dengam baik dan kesilapan itu telah mendorong Pakatan Rakyat membongkar salah guna kuasa bagi menyelamatkan rakyat negara ini daripada dikuasai oleh pemimpin yang menyusahkan rakyat.

”Kita harus salahkan dasar-dasar bagaimana urus (tadbir). Kalau gagal di situlah berlakunya banjir.

Bukti dalam laporan Ketua Audit negara banyak penyelewengan. Kalau baca dalam media, kerajaan tak keluar,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: