Ahad, 18 Disember 2011

Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Staff Berita Semasa

Ariff Alfian Rosli Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!


Tak terkata kami dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.

Biodata Ariff Alfian Rosli & Cerita Ringkas Mengenai KehilanganNya Sebelum Ini

Ariff Alfian Rosli 7 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Ariff Alfian Rosli, anak kedua daripada empat beradik. Bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Berjaya mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). Ariff Alfian Rosli menuntut di Dublin, Republik Ireland dalam bidang perubatan. Dihantar ke UK untuk membuat A Level.

  • pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)
  • Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
  • Gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
  • Petronas enggan terus menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup
  • Berikutan masalah kewangan, Ariff disaran agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi Ariff Alfian Rosli
  • Hubungan Ariff Alfian Rosli dnegan ibubapa mula terjejas
  • Sekarang, ibubapa Ariff Alfian Rosli berdepan dengan saman pihak Petronas melibatkan wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 sebagai penjamin pertama

Ariff Alfian Rosli 3 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Inilah yang dinamakan umat akhir zaman. Itu sebablah kita kena sentiasa ingat pada Allah supaya tidak terpengaruh dengan hawa nafsu yang menggunung. Kami tumpang simpati dengan kedua ibubapa Ariff Alfian Rosli ini. Segunung harapan mengharap anak disayangi pulang ke tanah air membawa segulung ijazah. Tapi apakan daya, yang dapat sijil kahwin pula.

Semasa kedutaan mengatakan Ariff Alfian Rosli berada di Ireland secara sah, timbul kemusykilan dikalangan kami sebenarnya. Bagaimana Ariff Alfian Rosli boleh dapat visa untuk tinggal lebih lama kalau sudah tidak belajar lagi sana? Mesti ada sebab-musababnya yang membolehkan beliau terus tinggal di sana. Akhinnya selepas berita ini berjaya dibongkarkan, rupanya Ariff Alfian Rosli telah “berjaya dapat visa kahwin”.

Gambar Ariff Alfian Rosli bersama-sama berita di akhbar di atas ditunjukkan oleh bapanya sendiri beliau pada masa itu baru sahaja menghabiskan SPM. Muda lagi masa itu. Dan ketika berita kehidupan sebenar Ariff Alfian Rosli di luar negara ketika ini, Ariff Alfian Rosli berumur sekitar 28 tahun. Dah lebih 10 tahun pun beza dengan gambar beliau ketika remaja.

Ariff Alfian Rosli 4 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Kami sendiri pun ketika menerima berita ini pun perasaan bercampur-baur. Marah…sedih dan takut bila baca kisah-kisah macam ni. Tambah-tambah apabila anak dah meningkat remaja dan mula nak kebebasan.

Tiba-tiba, ketika keluarnya berita Ariff Alfian Rosli kahwin dengan gay di Dublin Ireland heboh diperkatakan, keluar pula kenyataan daripada salah seorang artis Malaysia iaitu Azwan Ali di Twitter. Anda lihat sendiri apa yang cuba disampaikan beliau mengenai berita perkahwinan Ariff Alfian Rosli yang salah di sisi agama ini :

Ariff Alfian Rosli 6 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Walaubagaimanapun, kami lebih kasihankan ibubapanya.

  • Hilang anak
  • Kemudian bakal dikenakan tindakan saman daripada Petronas sekitar RM900,000
  • Anak berkahwin sesama jenis
  • Satu masalah yang cukup rumit melibatkan keluarga ini

Ariff Alfian Rosli 2 Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Di Dublin, Ireland? Kepada Ariff Alfian Rosli Pulanglah!!!

Kepada ahli keluarga Ariff Alfian Rosli, diharap bersabarlah. Bersyukur Ariff Alfian Rosli masih hidup dan ada masa & ruang lagi untuk bertaubat. Ini semua dugaan daripadaNya. Banyakkanlah berdoa agar dibukakan hati Ariff Alfian Rosli untuk kembali ke pangkal jalan dan terimalah beliau seadanya. Perkara ini dah pun berlaku. Lebih elok fokus untuk jalan penyelesaian untuk masa depan. Harap keluarga dan saudara-mara terdekat dapat berikan moral dan sokongan yang penuh kepada ibubapa Ariff Alfian Rosli ini.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”

Kepada Ariff Alfian Rosli :

Kalau anda tak sayangkan diri anda, sayangi ahli keluarga anda. Selama ini, mereka dah banyak bergenang air mata & hancur luluh hati mereka menunggu kepulangan anda, Ariff Alfian Rosli. Jangan menambahkan lagi “kesakitan” kedua-dua ibubapa anda. Cukuplah…

Tiada ulasan: