MALAYSIA KINI
Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.
Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.
Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.
“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar
sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.
Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan