Ahad, 20 November 2011

Terjerat oleh janji palsu: Adik beradik minta penjelasan Najib dan Liow

.Oleh : Dana Kay

Terjerat oleh janji palsu: Adik beradik minta penjelasan Najib dan Liow

Janji-jani pilihanraya yang dibuat oleh Barisan Nasional selalunya tidak akan di kotakan namun untuk dua adik beradik, mereka tidak akan melupakan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai yang telah menyebabkan kematian ayah mereka. Kedua-dua adik beradik ini mahukan jawapan daripada PM dan Liow.

Tan Chong Chern dan adiknya Tiney Tan yang berasal dari Sri Aman Sarawak telah memberitahu para wartawan bahawa sewaktu pilihanraya DUN yang lepas, Najib dan Liow telah pergi ke Sri Aman dan menjanjikan bahawa mereka akan mendapat sebuah hospital baru, dua pakar, sebuah ambulans (yang sedia ada hanyalah sebuah van yang diubahsuai menjadi ambulans) dan juga lebih ramai staf perubatan. Calon BN untuk Simanggang, Sri Aman, Dr Francis Hardin Hollis telah memenagi kerusi kawasan itu

Sudah 3 bulan berlalu dan hingga kini, tiada apa-apa yang berubah di hospital Sri Aman, tempat di mana ayah mereka menghembuskan nafas terakhir.

Pita Merah Birokrasi

Masalah yang terpaksa diharungi kedua adik beradik itu bermula sejak 19 Julai tahun lalu apabila ayah mereka, pemain bola tampar kebangsaan Tan Ting Hui mula mengalami masalah jantung. Tan Sr telah diminta menjalankan pembedahan pada bulan Ogos tahun lepas di Hospital Umum Sarawak tetapi doctor telah memberitahunya bahawa beliau boleh tunggu dahulu dan mengambil ubat sahaja.

Pada 27 Jun , Ta kembali ke hospital untuk pembedahan tetapi beliau telah diberitahu bahawa memandangkan Bahagian Jantung Hospital Umum Sarawak telah dipindahkan ke Sarawak International Medical Centre (SIMC) yang mengkhusus kepada penyakit jantung, mereka tidak boleh menjalankan pembedahan terhadap beliau kerana jadual pembedahan Tan telah dibuat oleh SGH. Disebabkan itu, pembedahan jantung Tan terpaksa dijadualkan semula.

Para doktor di SIMC telah memberi dua pilihan kepada keluarga Tan, samada beliau tinggal sahaja dahulu di SIMC sementara menunggu mereka menjadualkan semula pembedahan ataupun,pulang sahaja terlebih dahulu dan tunggu pihak hospital memaklumkan semula kepada mereka tarikh baru pembedahan Tan. Keluarga Tan telah memutuskan untuk membiarkan Tan menunggu di hospital kerana yakin bahawa peluang beliau untuk mendapat tarikh terdekat bagi pembedahan akan menjadi lebih cerah.

Chong Chern memberitahu bahawa sepanjang 3 minggu ayahnya berada di SIMC, ayahnya telah mengadu sakit dada sebanyak 3 kali tetapi doktor di sana hanya memberinya ubat untuk menstabilkan keadaan.

Diambang maut tetapi tiada rawatan

Apabila ditanya oleh keluarga Tan bilakah ayahnya akan dibedah, salah seorang doktor di sana memberitahu bahawa sekiranya mereka tidak dapat menunggu, mereka boleh pergi ke hospital swasta. Chong Chern mendapat thu bahawa Dr Jong merupakan doktor yang sama yang akan membuat pembedahan di hospital kerajaan dan swasta.

“Kami orang susah, kenapa ayah perlu pergi ke hospital swasta hanya untuk dibedah oleh seorang doktor yang sama?” Tanya Chong Chern.

Pada 18 Julai, keluarga Tan telah diberitahu bahawa Tan akan dibedah pada keesokkan harinya pukul 7 pagi. Seluruh keluarga merasa amat lega dan setelah persiapan dibuat pada pukul 6 pagi beikutnya, seorang jururawat memberitahu bahawa Dr Jong kurang sihat dan tidak dapat untuk membuat pembedahan itu. Pada keesokkan harinya pula, pihak hospital memberitahu bahawa Tan akan dibedah pada 21 Julai.

Menurut Tan, beliau pun memahami situasi doktor yang juga manusia biasa dan enggan memberi komen mengenai pembatalan pembedahan itu.

Menurut Chong Chern lagi, pada pukul 11 pagi hari yang sama, seorang doktor telah memberitahu keluarga Tan bahawa Dr Jong yodak dapat menjalankan pembedahan pada tarikh yang ditetapkan itu kerana keadaan Tan yang tidak mengizinkan. Doktor itu juga memberitahu bahawa bahawa Tan boleh keluar dari hospital pada hari itu juga dan datang semula pada 3 Ogos untuk MRI.

Sudah tiga minggu kami menunggu dan ayah saya berasa gelisah dan ingin kembali ke Sri Aman. Doktor juga memberitahu kami agar jangan risau dan memberi ayah ubat yang lebih kuat. Kata mereka ayah boleh berjalan-jalan tetapi harus menjaga pemakanan.

Perjalanan terakhir

Maka pada tengahari 20 Julai, Tan telah keluar hospital dan kembali ke Sri Aman. Pada malam 21 Julai, Tan mengadu berasa sakit dan meminta untuk dibawa ke hospital. Keluarganya membawanya ke hospital Sri Aman, dan beliau meninggal dunia di situ. Hospital tersebut tidak memiliki satu pun tangki oksigen.

Adik Chong Chern yang menangis secara senyap sepanjang masa sidang akhbar itu bekata walaupun mereka miskin tidak sepatutnya pembedahan ayahnya dilambat-lambatkan hanya kerana mereka tidak mampu membuat pembedahan di hospital swasta.

Beliau tertanya-tanya adakah janji Liow Tiong Lai untuk menempatkan pakar di situ adalah semata-mata untuk meraih undi dan setelah kembali ke Semenanjung, beliau terus melupakan janji beliau

“Membina hospital memakan masa yang lama tetapi, memandangkan kepada keperluan di sini, Kementerian Kesihatan sepatutnya meletakkan seorang pakar di sini seperti yang dijanjikan.” Kata Chong Chern lagi.

Menurut Adun Batu Kawa, Christina Chiew, SIMC yang dirasmikan awal tahun ini dikatan mempunyai keselesaan seperti Hotel Hilton.

“Dianggarkan seramai 1500 pesakit jantung setiap tahun dan tiada maknanya memiliki sebuah hospital indah tetapi kekurangan doktor. Seorang pesakit jantung secara puratanya terpaksa menunggu lebih kurang 6 bulan untuk dibedah dan ia merupakan suatu penantian yang cukup menyeksakan untuk orang yang sedang sakit.” Kata Christina.

Projek tarik diri

Menurut Chong Chieng Jen, SIMC sebenarnya adalah sebuah projek di mana tarik diri Kerajaan Persekutuan. “SIMC mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan bernilai RM400 juta dan ia telah terlebih anggar sebanyak RM 1.2 juta untuk sebuah katil .

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak mengambil serius isu kesihatan dan Chong juga memberitahu bahawa beliau juga kenal 2 orang pakar bedah yang mahu kembali ke negeri Sarawak untuk berkhidmat.

“Salah seorang bekerja di England dan seorang lagi di Taiwan, kedua-duanya merupakan negara membangun. Mereka telah menulis kepada Kementerian 2 bulan yang lepas dan masih lagi menunggu jawapan. Kerajaan sering mewar-warkan bahawa ia ingin golongan professional balik ke tanah air. Tapi mengapa doktor-doktor ini tiada menerima jawapan? Adakah mereka tidak berkelayakkan untuk bekerja di hospital kita?”Persoalan yang ditujukan Chong kepada Liow.

Chong also wanted both the hospitals - SGH and SIMC - to give statistics of how many patients had passed on due to the long waiting list for surgery. He said the people needed to know how they were taken for a ride by such poor medical services, with the government only keen to spend on the construction of the building to benefit the crony developer firms

Chong juga mahukan statistic daripada SGH dan SIMC mengenai berapa orangkah pesakit janung yang telah meninggal gara-gara terlalu lama menunggu peluang dibedah. Menurut beliau, rakyat behak mengetahui mengenai bagaimanakah situasi perkhidmatan kesihatan kita dengan sikap kerajaan yang cuma mahu menghabiskan wang dalam membina hospital besar yang menguntungkan kroni mereka dalam bidang pembinaan.

malaysia-chronicle.com

Tiada ulasan: