Sabtu, 26 November 2011

Susu 1Malaysia di KR1M bahayakan kanak-kanak, Pakatan ulangi pendirian

Roketkini.com

KUALA LUMPUR – Kementerian dan agensi kerajaan belum tampil ke hadapan untuk memberitahu pekara sebenar kepada rakyat mengenai piawaian yang mereka sendiri tetapkan berhubung mutu produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa contoh susu tepung kanak-kanak jenama 1Malaysia telah melanggar Akta Peraturan Makanan kerana mengandungi Vitamin A berlebihan dengan kadar yang melampau.

Kataanya, apabila beliau membangkitkan isu itu buat kali pertama, beliau telah merujuk kepada Jadual I akta tersebut yang mentetapkan jumlah minima dan maksima kandungan nutrien yang mana jumlahnya tidak boleh melebihi 750IU atau 225g setiap 100kcal.

Namun, kenyataan Pua telah disangkal oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia sepatutnya dirujuk kepada Jadual III akta tersebut.

“Jika sekali pun kita mengikuti Jadual III akta itu, ia menetapkan bahawa jumlah maksima dalam penggunaan seharian ialah 5000IU,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau mahu kementerian menjelaskan dua perkara, iaitu kekeliruan di antara ‘follow up miik’ dan ‘growing up milk’, dan cara pengiraan yang dilakukan kementerian adalah tidak betul.

“Mengikut kata Menteri sebagai mana yang dilaporkan dalam akhbar The Star dan portal berita Malaysiakini, beliau mengatakan bahawa mengikut kajian mereka, susu tersebut hanya mengandungi 3240UI Vitamin A/100g.

“Merujuk kepada akta seperti mana diterangkan Menteri, jumlah maksima sehari ialah 5000UI. Namun jika mengikut cadangan hidangan susu 1Malaysia tersebut, jumlah Vitamin A-nya ialah 16416UI. Ini merupakan lebih 3 kali ganda had yang ditetapkan undang undang,” jelasnya.

Pua berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Nurul Izzah pula berkata pihak yang mempersoalkan mutu dan kandungan produk 1Malaysia mempunyai fakta yang jelas dan berwibawa, dan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan perlu mengadakan pertemuan dengan mereka untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Jika mengikut track record Menteri Kesihatan, beliau adalah orang yang melakukan kesilapan dalam isu gas pemedih mata ditembak ke arah Hospital Tung Shin sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

“Beliau tanpa membuat sebarang siasatan terus menafikan tembakan gas itu. Akhirnya, apabila laporan polis dibuat, barulah kebenaran timbul yang memang benar gas pemedih mata telah ditembak ke arah hospital.”

Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan bahawa usahanya bersama Pua dan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang lain dalam isu produk KR1M telah membuahkan hasil kerana Kementerian Kesihatan sendiri telah menarik balik sos tiram 1Malaysia daripada pasaran.

“Kerajaan Najib harus akui bahawa peruntukan wang rakyat RM40 juta untuk KR1M ialah satu kegagalan dan mereka harus bertanggungjawab.

“Mereka menuduh kita Pakatan Rakyat mempolitikkan isu ini tetapi apabila Association of Standard Users Malaysia memberitahu media apabila mendapati bahawa kandungan plumbum dalam sos cili 1Malaysia melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang, adakah persatuan itu juga mahu dituduh mempolitikan isu ini?” katanya.

Chong menjelaskan, mengikut Seksyen 17 akta berkenaan, sesiapa yang mempromosikan jualan produk yang tidak mengikut akta, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Siapa yang mempromosi produk ini? Datuk Seri Najib Razak yang mempromosikannya, Kabinet yang mempromosikannya.

“Saya menggesa kepada Datuk Seri Liow mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempromosikan barangan yang melanggar akta tersebut,” tambah beliau.

Tiada ulasan: