Rabu, 30 November 2011

PRU-13: 'Orang lama pun boleh servis'


Jimadie Shah Othman

Umno ditegur supaya tidak terlalu mementingkan calon boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang kerana terdapat faktor lain yang perlu diambil kira.

NONESuara yang 'menyongsang arus' itu kedengaran dalam sesi perbahasan dalam persidangan Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Orang lama pun boleh servis. Bukan calon winnable (boleh menang) saja perlu diambil kira, tetapi juga yang setia pada parti," kata wakil Sabah, Mohd Joh Wid.

Membandingkan dengan suasana waktu perang, beliau berkata pelbagai perkara perlu diambil kira dalam menangani pihak lawan.

Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menegaskan perlunya calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang, pemerhati politik berpandangan terdapat kerunsingan di kalangan calon lama yang mungkin tidak terpilih.

Sementara itu, wakil Perlis Mohd Mohsin Yusof berpendapat, perlu ada "perjanjian" dalam pilihan raya depan berhubung isu itu.

NONE"Siapa pun calon kita terpaksa terima walaupun sakit sikit.

"Kalau boleh, adakan perjanjian, tak kira sama ada lisan atau bertulis, (supaya) yang penting menang. (Isu) yang lain kita jawab kemudian," katanya.

Sementara itu, perwakilan Johor, Mohd Fadil Muskon pula menyarankan Umno supaya turut mempertimbangkan soal calon yang layak di samping yang boleh menang.

"Calon boleh menang saja tak cukup. Kita juga kena ada qualified candidate (calon yang layak). Dengan kombinasi ini barulah kita akan berpeluang dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Tiada ulasan: