MALAYSIA KINI
Jenazah pegawai belia dan sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Harun Osman, 51, yang meninggal dunia di Palembang, Indonesia dua hari lepas, selamat dikebumikan di Alor Star malam tadi.
Jenazah Harun tiba di rumah ibunya di Jalan Sultanah di Alor star kira-kira jam 7 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari kira-kira 45 minit selepas tiba.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Salim, 50, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berumur sembilan hingga 23 tahun.
Harun meninggal dunia setelah tiba-tiba pengsan dipercayai akibat serangan jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara ke Sukan SEA di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II di Palembang pada pukul 5 petang (6 petang waktu Malaysia), Rabu lepas.
Ketika ditemui pemberita, Khadijah berkata keputusan untuk mengebumikan jenazah suaminya di Alor Star bagi memudahkan dia dan anak-anaknya melawat kubur arwah kelak dan menurutnya mereka akan berpindah ke Perlis selepas ini.
Katanya dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya langsung tidak
menelefon dirinya dan keluarganya setelah berlepas ke Palembang Isnin lalu.
"Apabila berada di luar negara sebelum ini selalunya dia akan telefon atau sekurang-kurangnya SMS kepada saya tetapi kali ini tidak," katanya.
Dengan nada sayu, Khadijah berkata dia menerima panggilan telefon daripada pegawai MSN memaklumkan suaminya meninggal dunia pada waktu Maghrib. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan