Sehubungan itu, PAS Selangor berkata Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan satu panduan dalam perkara ini.
“PAS juga menyeru agar badan-badan keagamaan selain Islam turut menjelaskan pendirian dan sama-sama membantu dalam menangani permasalahan ini,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman pada sidang media hari ini berkisar pada isu semasa Seksualiti Merdeka.
Sehubungan itu kata beliau, PAS Selangor juga bersedia dengan sikap terbuka untuk mengadakan pertemuan, diskusi dan dialog dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan identifikasi seksualiti.
“PAS menyedari wujudnya masalah identifikasi seksualiti di kalangan golongan tertentu.
“Golongan yang sedang keliru dan berada dalam dilema ini perlu dibantu dan bukan dicaci,” kata beliau lagi.
Katanya, masalah tersebut perlu ditangani melalui perbincangan dan perbahasan untuk mengukuhkan pendirian seseorang untuk berpegang kepada fitrahnya.
“Mereka perlu diberi kekuatan untuk menolak kecenderungan yang songsang dan bukan diberikan galakan untuk mengikutnya,” kata beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri Meru ini berkata, dari segi pandangan Islam, hak asasi manusia adalah untuk menghayati dan memenuhi peranannya sebagai mahkluk yang dijadikan Allah.
“Ini meliputi hak bersuara, menentang kezaliman, hidup bebas dengan kehormatan tanpa ancaman ditahan tanpa perbicaraan dan sebagainya.
“Program yang memperjuangkan hak LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) adalah dari sudut Islam bukan bertujuan memperjuangkan hak asasi manusia,” katanya lagi.
Sebaliknya kata beliau, ia memperjuangkan cara hidup songsang yang menjatuhkan martabat manusia sehingga terpesong jauh dari fitrah manusia itu sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan