KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) masih menunggu maklum balas dari polis berhubung dengan siasatan mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.
Ini kerana, sehingga kini, Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan 9 Julai awam. (Antara mangsa tembakan gas pemedih mata polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0)
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini.
Suruhanjaya telah memutuskan untuk mengadakan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.
Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen.
Menurut Hasmy, sehingga 27 September, Suruhanjaya telah menyiapkan semakan penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan-kenyataan dan rakaman video, dan telah mengenal pasti saksi-saksi.
Ia kini dalam proses melengkapkan sesi temubual dengan saksi-saksi dan juga sedang mengatur untuk mendapatkan keterangan beberapa saksi yang tinggal di luar Lembah Klang, katanya.
Suruhanjaya, katanya, akan menetapkan dan mengumumkan tarikh pendengaran untuk Siasatan Awam tersebut sehingga proses temu bual berakhir. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan