Selasa, 20 September 2011

Pengawal keselamatan lapor polis dakwa diainaya majikan

Muhammad Faizal


SHAH ALAM: 72 orang pegawal keselamatan yang bekerja dengan Power Security Consortium Sdn Bhd mendakwa gaji mereka tidak dibayar sepenuhnya sejak dua bulan lalu.

Selain itu, majikan mereka juga didakwa berdolak dalih apabila merekodkan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO dalam slip gaji mereka sebelum ini, tetapi pada hakikatnya ianya tidak dicarum.

Sehubungan itu seramai 25 orang daripada mereka semalam membuat satu laporan polis di Ibu Polis Daerah Shah Alam menggesa majikan mereka disiasat.

Menurut salah seorang dari mereka, laporan itu juga meminta pihak polis menyiasat berkenaan ganguan seksual yang dilakukan oleh penyelia syarikat terbabit kepada seorang pengawal wanita.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berjanji akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 72 orang pengawal keselamatan itu.

Komitmen Rodziah itu disampaikan oleh pegawainya Naim Jusri yang turut hadir mengiringi pekerja tersebut membuat laporan polis di sini.

Naim memberitahu, Rodziah akan memberi bantuan dan akan berbincang dengan Kerajaan Negeri bagi melihat saluran bantuan kewangan yang sesuai diberikan kepada semua pekerja tersebut

"Kita lihat seramai 72 orang pekerja sehingga sekarang belum menerima bayaran gaji yang penuh sejak dua bulan yang lepas dan keadaan ini amat memeritkan mereka apatah lagi sewaktu kita menyambut Syawal yang lepas dan ada diantara mereka tidak dapat menyedaikan persiapan hari raya kerana tidak mendapat gaji," jelasnya

"Apa yang kita tahu ialah syarikat tersebut hanya membayar caruman kepada KWSP sehingga bulan Mac 2011 sahaja dan selepas itu tiada caruman dilakukan walaupun terdapat potongan dilakukan," sambungnya lagi.

Wakil kepada pekerja yang membuat laporan polis, Zainudin Mohd Nor, 50 tahun mahukan pihak kerajaan dapat menyelesai masalah yang mereka hadapai, malah berharap isu ini disegerakan.

"Kami rasa amat terhina kerana diperlakukan sedemikian, kami bukannya peminta sedekah yang perlu meminta dan apa yang kami nak adalah hak kami hasil dari titik peluh kami sendiri.

"Apa yang kami hadapi ini boleh mendatangkan masalah yang besar malah akan menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga, kami tersepit dengan masalah kewangan sehinggakan ada diantara kami ingin meminjam dengan 'along' kerana hilang punca untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarga," katanya.

Selain membuat laporan polis ini, mereka juga akan membuat laporan kepada KWSP, Jabatan Tenaga Kerja malah akan mengambil tindakan undang-undang.

Tiada ulasan: