Khamis, 15 September 2011

Laman web Kita disabotaj?

FREE MALAYSIA TODAY

"Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," kata Setiausaha Kerja Masrum Dayat.



PETALING JAYA: Laman web, twitter dan facebook parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal, demikian menurut Setiausaha Kerja Masrum Dayat.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku.

“Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Masrum juga memaklumkan kepada ahli parti dan orang ramai bahawa Muhammad Firdaus Christopher telah digantung keahliannya.

“Ini kerana melalui akaun sosial facebook beliau, beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina ketua parti. Tindak-tanduk beliau yang melampau boleh memudaratkan nama baik parti.

“Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

“Parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat Abd Latif A Tambi atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan beliau tamat berkuat kuasa semalam,” katanya.

Tiada ulasan: