Khamis, 22 September 2011

Khalid, dedahkan laporan Jais yang asli atau hadapi kemarahan orang Kristian

Maria Begum, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Masyarakat Kristian meminta Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk mengeluarkan laporan Jais terhadap serbuan Gereja Methodis Damansara Utama, yang telah dilakukan tanpa sebarang waran geledah dan menuduh pegawai Gereja cuba untuk menyesatkan umat Islam.

Untuk berlaku adil, Menteri Besar haruslah mendedahkan kandungan laporan yang telus dan penuh dengan secepat mungkin," kata Ramon Navaratnam, bekas presiden Transparency International dan dan juga seorang penganut agama Kristian kepada Malaysia Chronicle.

"Tidak perlu ada percubaan untuk melindungi atau menyelamatkan sesiapa atau mana-mana kumpulan dan parti dari malu. Penjelasan lebih terperinci seperti ketiadaan waran geledah mesti diterangkan. Mereka yang berlaku zalim patut dihukum dan permohonan maaf harus dibuat"

Buktikan kamu tidak sama, MB Khalid

Seorang lagi pemimpin penganut Kristian yang menghadiri Wesley Methodist Church, di Kuala Lumpur berkata, beliau masih kecewa berhubung perkara itu.

Kerana ada pihak yang berkaitan dengan Umno sentiasa menghentam orang Kristian ,ini menyebabkab mereka merasakan diri mereka sebagai umpan politik yang digunakan untuk menakutkan-nakutkan umat Islam supaya mengundi UMNO yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerana peristiwa terbaru berlaku di Selangor, negeri ditadbir oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat, masyarakat lebih berharap agar Khalid dapat menyelesaikan masalah itu dengan lebih baik . Majoriti Kristian membentuk kira-kira 10 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta.

"Kami sentiasa diganggu oleh pihak berkuasa. Semua orang tahu masyarakat Kristian dibuli di Malaysia. Kini, Khalid perlu membuktikan bahawa keadaan ini akan berubah di bawah Pakatan Rakyat. Jika dia takut kepada Sultan atau tidak boleh meghadapi majlis agama Islam, apalah bezanya beliau dengan Khir Toyo? ( mantan MB BN)," pemimpin itu memberitahu Malaysia Chronicle.

Menghentam orang Kristian

Pada 3 haribulan Ogos, sekumpulan pegawai dari Jais atau Jabatan Agama Islam Selangor bertindak menyerbu ke dalam bangunan Dream Centre di Selangor di mana terletaknya DUMC, mereka menyerbu majlis makan malam amal yang diadakan di salah satu bilik acara. Penganjur iaitu Harapan Kommuniti, NGO AIDS, telah mengadakan majlis makan malam amal. Para hadirin terdiri daripada pelbagai bangsa, termasuk 12 orang Islam yang juga turut serta.

Walaupun tiada waran geledah, pegawai Jais telah merampas risalah dan kertas yang mengandungi lirik lagu, serta menyoal pihak penganjur. Pada keesokan harinya, sewaktu masyarakat masih gempar, Jais menegaskan bahawa tindakan mereka betul dan 12 tetamu Islam sedang disesatkan oleh penganjur, walaupun dinafikan oleh pegawai-pegawai gereja dan penganjur acara itu.

Hassan Ali dan laporan minggu depan

Spekulasi bertiup kencang bahawa insiden tersebut telah dimulakan oleh Umno, dengan tujuan untuk mencemar nama baik kerajaan negeri Pakatan. Ini terutama sekali apabila ahli Majlis bagi hal ehwal agama PAS, Hassan Ali, yang juga dikenali sebagai tali barut Umno, menyokong tindakan Jais berbanding yang lain termasuk MB Khalid terhadap tindakan melulu Jais.

Isu itu disensikan lagi oleh Umno dan akhbar Utusan dengan memutar belitkan kejadian itu di luar konteks. Untuk menyelamatkan air muka, Jais mengheret 12 orang tetamu Islam ke mahkamah Syariah untuk menjelaskan kehadiran mereka di DUMC. Setakat ini, tiada seorang pun daripada 12 orang itu mendakwa mereka sedang dimurtadkan.

"Daripada apa yang saya tahu, pihak gereja dan Kommuniti Harapan tidak didakwa,. Tiada seorang pun dari 12 orang Islam itu telah didakwa juga. Jadi, saya tidak menjangkakan laporan itu sebagai sesuatu yang kontroversi, Yang saya mahu hanya penjelasan daripada Jais mengenai apa yang berlaku, "kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.

Sementara itu, MB Khalid berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenai laporan Jais itu pada minggu depan.

Tiada ulasan: