IPOH - Parti DAP Perak menganggap UMNO sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.
Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.
Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.
Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas. Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China. Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) menganggap UMNO tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.
“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina. Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.
Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.
Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas. Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China. Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) menganggap UMNO tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.
“Bak kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan UMNO sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata lagi sekarang?,” kata Nga Kor Ming lagi.
[Ini sesuatu yang sungguh memalukan sebenarnya. UMNO kini kononnya mengatakan mereka benci komunis malah membuah tuduhan yang melulu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu namun dalam diam-diam mereka rupanya menjalinkan persahabatan dengan komunis.
Bukti jelas UMNO telah menandatangani MOU dengan Parti Komunis China ini menyerlahkan lagi bahawa UMNO "cakap tak serupa bikin".
Di depan mereka kutuk Mat Sabu dan hentam Komunis, tetapi di belakang mereka jalinkan kerjasamam. Bukankaah ini sesuatu yang tidak sewajarnya berlaku. Malah, mereka juga turut mengundang Parti Komunis China hadir dalam Persidangan Agong UMNO ketika itu sebagai pemerhati.
Apakah UMNO ikhlas benci komunis, atau kini mereka sudah terperangkap dengan permainan "fakta sejarah". Oleh itu UMNO usah berlakon di depan rakyat].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan