LAPORAN– Reuters
BEIJING – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China hari ini menegaskan bahawa tiada bukti radiasi dari kompleks tenaga nuklear di timur laut Jepun menular secara ketara ke negara-negara jiran. “WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun),” kata Michael O’Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.
“Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun,” katanya.
“Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan