Ahad, 6 Mac 2011

Taib: BN Sarawak gugur calon kalah

BERNAMA


KUCHING — Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan meletakkan calon ‘kitar semula’ dalam pilihan raya negeri yang akan datang, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib (gambar), yang juga Pengerusi BN negeri, berkata BN Sarawak yang dianggotai empat parti komponen — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - tidak akan mengitar semula pemimpinnya dalam pilihan raya itu.

“Pihak pembangkang yang mempunyai pemimpin kitar semula. Kami (BN Sarawak) tidak meletakkan calon yang pernah tewas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Konvensyen BN Sarawak yang diadakan secara tertutup hari ini.

Konvensyen sehari itu dihadiri oleh kira-kira 5,300 anggota dan penyokong BN untuk mengukuhkan hubungan, terutamanya menjelang pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum 24 Julai.

Taib turut memberitahu perwakilan bahawa BN Sarawak akan mengetengahkan seberapa ramai muka baru dalam pilihan raya itu kelak.

Tiada ulasan: