Taib and Vice-Chancellor James McWha sample the 'Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court' at Adelaide University in 2008
DETIK DAILY
SARAWAK REPORT telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak.
‘Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court’ telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008
Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai “suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan”, yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Naib Chancelor, Professor James McWha.
Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan.
Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka:
“Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan”
Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan.
‘Pemberian peribadi’ Taib diberikan dengan pelbagai cara!
Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya.
Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan.
Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan.
Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ.
Dalam tahun 2001 Ketua Menteri itu telah menderma sebanyak $300,000 kepada universiti berkenaan yang telah digunakan untuk mendirikan “Malaysia Room, lengkap dengan perabot dan artifaks dari Sarawak”. Pihak universiti telah menyebut bilik berkenaan sebagai:
“suatu pemberian dari Ketua Menteri yang pemurah, yang juga merupakan seorang daripada alumni kehormat dan dermawan kami”.
Harga penghormatan apa?
Tanpa memperoleh sebarang respon rasmi dari pihak universiti berkenaan, kami menganggarkan bahawa sejumlah wang yang lebih besar telah mereka terima sebelum mereka menggunakan nama Taib Mahmud, Naib Chancellor, Prof. James McWha, mengucapkan terima kasih kepada Taib atas “sokongan signifikannya dan usaha gigihnya” dan seterusnya menyebut:
“Pemberian peribadi Ketua Menteri itu telah berterusan sejak selama beberapa tahun ini”
Malangnya, derma-derma yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai status dan pangkat tidak dipersoalkan oleh pihak universiti itu, bagaimana seseorang dalam kedudukan Taib itu dibolehkan undang-undang untuk menghulurkan “pemberian peribadi” yang sebegitu banyak jumlahnya. Sebagai seorang penjawat awam yang dipilih, gaji bulanan Taib merupakan suatu rekod awam dan kesemuanya berjumlah RM20,000 sebulan (kira-kira $10,000 Australia). Ini bermaksud nilai harga untuk mewujudkan “Malaysia Room” sahaja boleh mencecah dua kali ganda gaji tahunannya.
Hanya sedikit penyoalan dilakukan oleh pihak universiti ke atasnya akan membongkar isu-isu yang berkisar sekeliling kekayaan Taib. Sudah pastinya tiada kekurangan maklumat dan bukti yang boleh mengaitkan Ketua Menteri itu dengan rangkaian rasuah pembalakan di seluruh hutan hujan tropika Sarawak yang telah semakin mengecil sehingga kurang dari 5% saiz asalnya selama 30 tahun beliau berkuasa.
Sebenarnya, kemusnahan yang dilakukan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan regim Taib Mahmud telah berkembang menjadi ancaman global.
Syarikat-syarikat itu beroperasi di seluruh kepulauan Borneo, di Irian Jaya, the Solomon Islands, lembah-lembah Amazon dan Siberia, sebagai mana dilaporkan oleh beberapa NGO. Dalam pada itu, the Green Party di Tasmania telah mempersoalkan kenapa sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Taib telah diberikan subsidi sebanyak $8 juta oleh negeri itu untuk menebang kayu dan mengeksportnya kembali ke Malaysia, di mana hutannya kini telah ranap?
Suatu jenayah pelbagai mangsa
Kesan pemusnahan yang dahsyat ini telah menjejaskan hidupan liar, sungai-sungai dan sistem ekologi di rantau ini. Kemusnahan ini juga telah menjejaskan orang-orang asal yang mana kawasan-kawasan mereka telah dicerobohi, tanpa diadakan sebarang keberterusan, dan juga menghampiri kepupusan.
Hanya segelintir orang sahaja yang menikmati dari kekayaan yang terjana dari pemusnahan hutan mereka itu. Sebaliknya, University of Adelaide merupakan pemanfaat, bukan dari ‘pemberian peribadi’ Ketua Menteri, tetapi, dari hasil rompakannya ke atas rakyatnya sendiri.
Soalan-soalan kami
Dengan alasan-alasan inilah maka Sarawak Report telah menyenaraikan beberapa soalan yang kami harap sedia dijawab oleh Naib Chancellor.
Kami ingin mengetahui jika universiti berkenaan mempunyai garis panduan etika apabila mereka menerima sebarang derma dari sesiapa, dan jika ada, apakah dasar yang digunakan oleh Professor McWha untuk menerima Taib Mahmud sebagai rakan kongsinya untuk Adelaide?
Kami juga ingin memohon maklumat mengenai jumlah sebenar derma-derma yang diterima dari universiti itu, berasaskan sejumlah derma itu dikenali sebagai wang dari hasil rompakan dan rasuah, dan seharusnya dikembalikan secara sah berteraskan undang-undang kepada rakyat Sarawak.
Jika universiti berkenaan sering menjelaskan bahawa derma-derma itu adalah hasil ‘pemberian peribadi’, maka kami tidak akan mempersoalkan lagi hanya jika wang daripada Taib Mahmud itu sememangnya dari gaji rasminya walaupun amat terhad.
Banyak lagi di Australia
Sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh para NGO, terdapat banyak lagi harta Taib di Australia, ditambah dengan jutaan misteri Ketua Menteri itu.
Adelaide Hilton 380 bilik merupakan sebuah syarikat perhotelan yang didaftarkan bawah nama anak-anak dan arwah isterinya, dan terdapat banyak lagi harta keluarganya di kawasan-kawasan lain.
Memandangkan Australia mempunyai kekayaan sendiri yang mencukupi, adalah memadai bagi University of Adelaide mencari penderma tempatan yang sah dan dari sumber-sumber domestiknya sendiri, tanpa mengharapkan keuntungan hasil dari ekploitasi ke atas orang-orang miskin di Borneo oleh Ketua Menteri mereka yang korup? Yang pastinya, adakah kebolehpercayaan itu harus dinafikan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan