Khamis, 24 Mac 2011

Suruhanjaya: SPRM bertindak tidak profesional

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak secara profesional dalam menjalankan urusannya, demikian diberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail berkata, dia tidak baca dengan segera kenyataan selepas ia direkodkan awal pagi 16 Julai 2009 kerana tidur kerana kepenatan.

“Anda semua tidak profesional,” kata pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong, pada sesi inkuiri hari ini.

“Adakah anda bersetuju bahawa kita mesti mengembalikan profesionalisme dalam pasukan anda?” kata beliau.

Anuar, 34, mengaku adanya masalah koordinasi dalam SPRM dan soal profesionalisme boleh diperbaiki.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh SPRM.

Tiada ulasan: