Ahad, 6 Mac 2011

Selangor Rancang Pembangunan Tiga Tahun Akan Datang

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sudah menyediakan rancangan pembangunan negeri untuk tempoh tiga tahun akan datang melalui program yang dinamakan ‘Agenda Selangor Untuk Rakyat’.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perancangan ini menumpukan aspek pembangunan negeri dalam usaha meneruskan fokus kerajaan negeri untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor.

“Kita juga tidak lama lagi melancarkan plan tiga tahun Selangor ‘Agenda Selangor Untuk Rakyat’ akan dipersembahkan 26 Mac ini akan merangkumi semua aspek pembangunan Negeri Selangor,” katanya.

Khalid berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat mengubah paradigma bahawa bukan rakyat yang meminta, tetapi kerajaan yang dipilih akan menyerahkan kepada rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran. Merakyatkan ekonomi disokong oleh Buku Jingga,” ujar Khalid lagi.

Buku Jingga menyaksikan dasar-dasar yang dibawa oleh gagasan itu dan janji 100 hari pentadbiran sekiranya berjaya menerajui Putrajaya.

“Saya tidak terperanjat apabila Buku Jingga yang dilancarkan di Pulau Pinang dan ramai yang mengatakan Buku Jingga tidak boleh dilaksanakan kerana menelan belanja yang banyak. Dan hari ini kenyataan Barisan Nasional dipatahkan oleh Tan Seng Giaw yang mengatakan kerosakan, kebocoran Barisan Nasional lebih besar dari yang dicadangkan dalam buku Jingga,” katanya sambil disambut tepukan oleh hadirin.

”Kalau tiada rasuah, rakyat akan merasa nikmat yang lebih besar dari apa yang ada sekarang,”ujar Khalid lagi.

Khalid turut mengingatkan ikrar Selangor dalam belanjawan yang lalu bahawa tujuan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ialah untuk memastikan hasil negeri diurus dengan baik untuk rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Menurut Khalid, langkah pertama yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika menerajui Selangor tiga tahun lalu dengan menubuhkan Menteri Besar Incorporated (MBI) demi menyelamatkan khazanah Selangor selain menjaga dan memantau syarikat berkaitan kerajaan negeri, dilaksakan dengan jayanya.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya mengenalpasti hutang luar terhadap kerajaan negeri dan mula mengutip kesemuanya yang melebihi RM392juta.

Antara hasil kutipan ini disalurkan kepada rakyat melalui Skim Mikrokredit Luar Bandar dan yang terbaru Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBar).

“Kita tidak mengambil duit kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat. Duit melalui perkara-perkara yang dulunya bocor dan tidak dikutip kita berikan kepada rakyat. Ini yang dinamakan hasil negeri untuk rakyat,” tanbah Khalid.

Khalid juga menyatakan aset air negeri yang dahulunya berjumlah RM1billion kini telah meningkat kepada RM10.9 ribu juta ringgit.

Selain itu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau KSSB juga bekerjasama baik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM berhubung isu pasir sehingga
kerajaan negeri memperoleh peningkatan hasil kutipan.

“Dahulu banyak tanggapan buruk terhadap Kumpulan Semesta yang nak tangkap pencuri pasir dan sekarang sudah menjadi rakan bersama SPRM. Dari pendapatan sedikit, KSSB sudah merangka untung lebih RM40 juta dan kerajaan negeri mengutip lebih RM10 juta. RM50juta kita berjaya tebus,” katanya.

Malah menurut Khalid, kerajaan negeri selangor juga sentiasa menitikberatkan pendidikan apabila RM26 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil serta menaikkan gaji semua guru Sekolah Agama Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM500.

“Tanpa sokongan kerajaan pusat, kita menaiklan elaun guru KAFA sebanyak RM500 dan menjadikan gaji meningkat kepada RM 1,300 sebulan,” katanya.

Khalid menambah program ini akan berlangsung secara berterusan dan kerajaan negeri tetap komited dalam melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor,
Hasil Negeri Untuk Rakyat.

“Kita sudah belajar 1000 hari, sekarang masa melaksanakan dengan gigih kerana ianya tanggungjawab kita,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang berlansung di Stadium Malawati malam tadi ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw yang mewakili Penasihat DAP Lim Kit Siang, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim, barisan kepimpinan Exco,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi serta ahli parlimen dan ADUN Selangor.

Hampir 500 orang hadir bagi memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan koir Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Kolej

Tiada ulasan: