PERAK : Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dipecah masuk dipercayai antara tengah malam hingga awal pagi ini, dengan beberapa laci digeledah. Mengikut paparan twitter pemimpin KEADILAN itu, bilik stor dan dapur rumahnya turut diselongkar. “Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?” tulisnya dalam bahasa Inggeris. “Dapur juga. Cari makankah?” sindir beliau. Beliau melalui twitter itu, dengan mengambil kira kejadian itu mengkritik statistik jenayah menurun. Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya. Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.
Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.
Isnin, 14 Mac 2011
Rumah Adun Teja Dipecah Masuk
Ditulis oleh shuaib ayob
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan