Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berharap Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. “Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario full meltdown?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut bertanya apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia. “Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?” soalnya lagi. Pada masa yang sama, katanya Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini. Ini ekoran pagi ini dunia dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6.14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario full meltdown semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda. |
Selasa, 15 Mac 2011
Radiasi nuklear Jepun akan tiba di Malaysia?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan