Selasa, 22 Mac 2011

Pua mahu saman Zahid tuduhan ditangkap di Singapura



KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hari ini membuat keputusan untuk menyaman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seminggu selepas Menteri Pertahanan itu menuduh beliau pernah ditangkap di Singapura.

“Kemudian beliau (Zahid) boleh membawa bukti yang mengatakan saya telah ditangkap,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

Beliau berkata telah memberikan tempoh 24 jam kepada Zahid yang juga Naib Presiden Umno untuk memohon maaf selepas mendakwa Pua ditangkap di Singapura, Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, tiga hari selepas itu saya belum mendengar apa-apa daripada beliau,” kata Pua (gambar).

Zahid sebelum ini memberitahu wartawan bahawa Pua pernah ditangkap di Singapura serta pernah didakwa di mahkamah sebelum dilepaskan.

Menteri itu juga berkata wakil rakyat DAP itu dibebaskan kerana mempunyai “hubungan baik” dengan “sebuah pejabat” tertentu yang mana sebelum ini Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa Pua adalah ejen Singapura.

Tiada ulasan: