KOTA KINABALU — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa serta-merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.
Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.
Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.
Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.
18 ulasan:
pengguguran Peter Pang adalah untuk membuat rombakan Kabinet. walaubagaimanapun, beliau masih lagi Menteri Menteri Belia dan Sukan negeri. hal ini pun telah dipersetujui semua pihak termasuk Peter Pang sendiri.
Who do you think is most suitable to replace Peter Pang as the next Deputy CM?
Peter Pang still Minister of Youth & sport. Can't wait who will be the next DCM.
keputusan ini pastinya dipersetujui semua pihak dan Peter Pang masih lagi Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Apa pun Peter Pang tetap akan berjuang untuk rakyat Sabah.
walaupun siapapun yang dilantik, pucuk pimpinan perlu pastikan tidak berlaku sebarang keadaan huru-hara dikalangan parti komponen ataupun pemimpin.
Terima kasih atas jasa yang diberikan selama ini.
Walau siapa pun pilihan selepas ini, saya harap ia dipilih berdasarkan prestasi dan pencapaian yang ditonjolkan.
Dan harap Peter Pang berpuas hati dengan penguguran jawatan tersebut.
memang wajar peter pang digugurkan dari jawatan timbalan ketua menteri..
seharusnya peter awal2 lagi digugurkan dari jawatan tersebut namun akhirnya ianya dilakukan..selepas ini, persoalannya siapa akan menjadi timb.ketua menteri baru menggantikan peter pang?
apa pun, diharap yang akan menjadi timb.ketua menteri yang baru itu akan benar2 bertanggungjawab serta dapat menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat dan negeri.
I think it's fair to all.
Cara sebegini memang adil dan saksama.
I think its about time to reshuffle cabinet.
Good luck to Peter Pang with whatever he do.
Never mine, he's still the minister.
Dia masih lagi berkhidmat untuk rakyat.
Catat Ulasan