Jumaat, 11 Mac 2011

Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai mulai 6 petang

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya kita jgn mendekati pantai buat masa ini, ini sebagai langkah awal berjaga jaga.

Unknown berkata...

Semua dinasihati untuk jauhi kawasan pantai.

Tanpa Nama berkata...

Hope that the Tsunami does not strike Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Its best if all Sabahans stay away from those areas close to the sea.

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya jika kita sentiasa mengikuti sebarang maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi.

Unknown berkata...

Sentiasalah berjaga-jaga..

Hinamori berkata...

Keep alert.

evan medhousky berkata...

Jabatan Metereologi perlu sentiasa memantau keadaan dan memberikan amaran lebih awal sekiranya berlaku sebarang bencana tsunami.

Paquin berkata...

Sebaiknya patuhilah amaran yang diberikan dan sentiasalah berjaga-jaga.

Paquin berkata...

Semoga jbtn meteorologi akan sentiasa membuat pantau dan memaklumkan pada umum perkembangan dari semasa ke semasa.

Tanpa Nama berkata...

Syukur akhirya tiada juga yang berlaku... Syukur syukur...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Jepun mampu bangkit kembali... Bersama kita doakan mereka..