Khamis, 3 Mac 2011

Penangan ilmu hitam

SINAR HARIAN ONLINE


SUNGAI LANG TENGAH ( SELANGOR ) - Biarpun amalan ilmu hitam dianggap tidak lagi berlaku di zaman serba canggih ini, insiden di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lang Tengah, kelmarin menafikannya.

Kisah enam kubur penduduk dikorek individu tidak dikenali menggemparkan sebahagian besar penduduk di sini. Tiga kubur kanak-kanak dan selebihnya dewasa dikorek rakus tanpa diketahui motifnya, menimbulkan kebimbangan penduduk.

Rata-rata mendakwa, kejadian seumpama itu adalah kali pertama berlaku dan menyifatkan kes tersebut amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib agama.

Kata mereka, melihat kepada keadaan kubur terbabit, mereka tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

Menyedihkan, kian kafan si mati dibiar berselerakan di atas kubur.

Sementara itu, Pejabat Agama Daerah mengesahkan perbuatan berkemungkinan ada kaitan amalan khurafat dan polis yang dimaklumkan kejadian tersebut bersedia membantu pihak berwajib agama dan penduduk menyiasat kes tersebut.

Tiada ulasan: