KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan tuduhan bahawa mereka adalah dalang di sebalik kemunculan rakaman video seks baru, yang menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan hubungan seks dengan pelacur bulan lalu.
Malah pemimpin-pemimpin BN juga mempersoalkan pendirian defensif Pakatan Rakyat berhubung dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman itu adalah pemimpin kanan pembangkang.
Sehubungan itu soal Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, mengapa PR begitu cepat menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman itu sedangkan tidak seorang pun pemimpin mereka telah menonton rakaman itu.
“(Adalah) sesuatu yang ganjil apabila ahli-ahli politik Pakatan begitu cepat menafikan khususnya ketika tidak seorang pun melihatnya.
“Ia hanya ditunjukkan kepada pemberita pagi ini. Bagaimana mereka tahu? Nik Nazmi dengan cepat menghantar mesej (menerusi Twitter) bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, “beliau (Nik Nazmi) yang mengatakan dia (lelaki) itu bukan Anwar, kami dari BN tidak pernah kata yang dia itu Anwar.”
“Kami tidak menyebut sebarang nama, tapi nampaknya mereka begitu defensif mengenai perkara ini,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan