Rabu, 16 Mac 2011

Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

Aidila Razak

Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai “sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional” di Malaysia.

NONERSF berkata internet di Malaysia membekalkan “perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya” dan “ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri” yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

“Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

“Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh.”

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Where is freedom of expression?

Tanpa Nama berkata...

bukankah kita mengamalkan kebebasan media.

Tanpa Nama berkata...

Ada udang di sebalik batu. Hmm...

Tanpa Nama berkata...

Kebiasaanyya, semakin disekat, semakin memberontak.

Tanpa Nama berkata...

sekatan perlu ada. tapi ianya janganlah sampai mengekang hak bersuara.

Unknown berkata...

sebolehnya sampaikan maklumat yang fakta dan bukan sebagai hasutan..

evan medhousky berkata...

cuba buat kajian.. siapa yang menguasai internet sekarang? antara blog pro pembangkang atau pro BN.. untuk apa kerajaan menyekat penulisan blog jika kewujudan mereka telah memberi banyak kelebihan kepada BN? jika adapun yang disekat, ia bukanlah bertujuan untuk menghapuskan demokrasi, tetapi untuk mengelak sebarang agenda jahat yang boleh memusnahkan negara.. saya yakin pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka mentadbir negara ini..

Unknown berkata...

So much for freedom of speech.

Unknown berkata...

But in a way, I think it's also good that the government monitor the internet to avoid people crossing the line or misuse their freedom of expression.