Mohd Shubihi Muhamad Zain |
SUNGAI PETANI: Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Peringkat Negeri Kedah oleh pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar akan diadakan pada malam ini bertempat di Taman Kempas Fasa 2, dekat sini. Jelajah Kase ke seluruh negara bertujuan bertemu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan. Mahfuz juga dijadual mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kase Kedah yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan turut dianggotai seorang peguam yang akan memberikan khidmat guaman kepada mangsa saman ekor. Sehubungan itu orang ramai dan mangsa-mangsa saman ekor di Kedah dan kawasan berhampiran digesa mengambil peluang bertemu dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan isu terbabit. Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorundum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru. AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan. |
Jumaat, 18 Mac 2011
Pelancaran Kase di Kedah malam ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan