Isnin, 14 Mac 2011

Loji tenaga nuklear Fukushima letup lagi, cetus kebimbangan baru

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Seorang ibu cuba bercakap dengan anaknya yang dikuarantin kerana dipercayai terdedah dengan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima, hari ini. — Foto Reuters
TOKYO — Loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi menyaksikan letupan baru hari ini — yang kedua dalam tiga hari — mencetuskan kebimbangan baru di kalangan rakyat Jepun yang masih belum keluar daripada kesan tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Bagaimanapun agensi keselamatan nuklear Jepun tidak dapat mengesahkan sama ada letupan hidrogen di reaktor Unit 3 loji itu menyebabkan kebocoran radiasi.

Loji itu ada tiga reaktor.

Laporan Reuters menyebut, agensi berita Kyodo melaporkan sebanyak 2,000 mayat ditemui di dua kawasan pantai di Miyagi.

Angka kematian dijangka akan terus meningkat selepas pihak berkuasa mengesahkan 1,597 orang terbunuh dan 1,481 orang masih hilang di kawasan-kawasan sebelah timur laut dan timur yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Sebanyak 1,000 mayat ditemui dibawa ombak ke pantai-pantai di Semenanjung Ojika yang teruk dilanda gempa bumi dan 1,000 lagi dikesan di bandar Minamisanriku di mana kerajaan tempatan tidak dapat berhubung dengan 10,000 orang atau separuh daripada penduduk kawasan itu.

Angka kematian rasmi tidak termasuk 200 hingga 300 mayat yang ditemui di Sendai, ibu kota Miyagi, yang belum boleh diakses oleh polis atau pekerja-pekerja lain.

Kira-kira 450,000 orang telah dipindahkan dari kawasan Miyagi dan lima kawasan setakat semalam.

14 ulasan:

Hinamori berkata...

Harap2 kebimbangan rakyat Jepun dan negara2 jiran akan pulih.

elia berkata...

Kepada dunia kita hanya mampu berdoa dan memberi bantuan kepada mangsa2 di Jepun..

elia berkata...

Malaysia perlu mengambil langkah berjaga2. Sila keluarkan amaran kepada orang ramai jika perlu.

Tanpa Nama berkata...

keadan di Jepun nampaknya teruk. apapn semoga mereka semua dalam keadaan selamat.

Mohd Ishak berkata...

Lebih baik kalau Malaysia batalkan saja niat untuk membina logi nuklear.

Unknown berkata...

First Tsunami, and now radiation. Lets pray for the people who are affected in Japan.

Unknown berkata...

Malaysia should reconsider their plan to build nuclear power plant. The government shouldn't risk the people lives.

samm berkata...

pemantauan perlu sentiasa dilakukan. harap keadaan akan menjadi lebih baik dan cepat pulih.

Bujang Senang berkata...

semoga kebimbangan dapat ditenangkan oleh pihak kerajaan jepun. cari penyelesaian bagi masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

tentunya amat berat bagi negara Jepun menghadapi impak 2 bencana besar sekaligus. saya harap negara2 di seluruh dunia tampil membantu rakyat di negara ini bagi mengurangkan beban mereka..

Paquin berkata...

Lihat apa yang berlaku dengan bumi sekarang... Inilah balasannya jika terlalu rakus mengejar teknologi... huhuu

Paquin berkata...

Sungguh menakutkan:( Harap2 keadaan di Jepun masih terkawal.

Tanpa Nama berkata...

Punyalah.. sampai begitu sekali dikuarantin...

Tanpa Nama berkata...

Moga Malaysia janganlah lagi mempunyai pendapat kedua untuk meneruskan tenaga nuklear ini. Tengok apa hasilnya jika berlaku kebocoran??