Selasa, 1 Mac 2011

Langsung Dari Mahkamah - Kes DS Anwar : Barang Kes Dirampas Dilokap D9 IPK Kuala Lumpur

SEDAKA SEJAHTERA

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijangka hangat dengan usaha pihak pendakwaan mengaitkan sampel DNA yang diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini.

NONESetakat ini, pihak pendakwaan belum mendedahkan daripada mana mereka memperolehi barangan itu yang secara positif dikenalpasti oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon mengandungi DNA 'Lelaki Y'.

Persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada sampel berkenaan diperolehi secara sah ataupun tidak.

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat.

Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas,ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka.

Seorang pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Supritendan Amidon Anan memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, antara yang dirampas adalah sehelai rambut, sehelai tuala `good morning’ dan sebatang berus gigi.

Beliau memberitahu pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.

Saksi berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008

Tiada ulasan: