WarkahDaily
Secara logik aku nak cakap, sebagai seorang lelaki, lemah sangat ke Saiful Bukhari sehingga Anwar boleh memaksa ‘anunya’ masuk ke dalam dubur Saiful secara paksa sehingga mencapai ejakulasi dalam dubur Saiful.
Sedangkan, seorang wanita pun, kadang-kadangnya boleh bertindak melepaskan diri daripada dirogol seorang lelaki yang lebih kuat daripadanya. Inikan pula, Anwar yang sudah pun berumur, Saiful pulak masih lagi muda, namun ‘tertewas’ juga dengan liwat secara paksa seperti yang didakwa Saiful kepada Dr Razuin Rahimi.
Bukan setakat boleh memasukkan ‘alatnya’…Anwar dituduh juga sempat meramas ‘buah dada’ Saiful. Hahahaha…aku dah rasa macam drama ni dah sampai tahap klimaks lawak antarabangsa tahap gaban dah.
Kejadian liwat itu pulaknya dikatakan berlangsung selama setengah jam..woi! lama tu, hang tak sempat nak terajang Anwar ke tu? Siap letak pelincir lagi tu…
Ish..ish..ish..sesape yang berfikiran waras pun boleh fikir. Liwat berlaku selama setengah jam, siap letak pelincir, lepas tu berlakunya ejakulasi lagi dalam dubur Saiful…Sempat pulak Anwar ramas-ramas ‘buah dada’ si Saiful…Kemudian Saiful kata dia dipaksa…masuk akal ke bro? Lemah bebenar hang ni Saiful ek.
Aku duk baca berita pasal kes liwat ni sampai boleh geli tekak aku..eiiii…memang menjijikkan. Memalukan maruah agama, bangsa dan negara betul! Macam mana boleh ada orang jenis macam tu?
KUALA LUMPUR (Sinar Harian) - Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak melakukan seks oral ketika hari kejadian dia mendakwa diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008.
Dalam kejadian selama setengah jam itu, Mohd Saiful mendakwa gel pelincir digunakan dan penetrasi berlaku di duburnya serta dadanya diramas Anwar.
Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengambil latar belakang kejadian Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.
Beliau mengambil masa 20 minit untuk mencatat latar belakang kejadian itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC), HKL selepas dimaklumkan pegawai penyiasat, Deputi Superintendan, Jude Blacious Pereira mengenai dakwaan Mohd Saiful diliwat Anwar.
"Mohd Saiful beritahu, dia diliwat Anwar pada 26 Jun 2008 tanpa kerelaannya,” katanya yang memberi keterangan ketika pemeriksaan utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi semalam.
Saksi turut berkata, Mohd Saiful mendakwa dipaksa melakukan seks oral, tetapi enggan dan menolak.
Menjelaskan berhubung catatan borang pro-forma (borang sejarah perubatan) ditandakan pada perkataan ‘penetrasi’, Dr Razuin berkata, itu bermakna ‘tusukan penuh’ dan Mohd Saiful mengatakan Anwar mencapai ejakulasi dalam duburnya, ketika hubungan seks itu.
Ketika disoal balas peguam Anwar, Karpal Singh untuk menjelaskan makna ‘rectal attempted’ seperti dalam pro-forma, Dr Razuin menjelaskan, ‘rektum’ berada di atas dubur.
"Ia adalah liwat. Itu bermakna penetrasi melalui dubur, namun tidak semestinya sampai ke kawasan rektum. Ia adalah makna dalam istilah perubatan untuk ‘rectal attempted’,” katanya.
Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Dr Razuin berkata, Mohd Saiful memberitahu mengalami pendarahan pada dubur ketika kejadian pertama dan kedua diliwat.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan pada 28 Jun 2008, tidak ada pendarahan direkodkan. Dr Razuin mengesah kan Jude mengambil keterangannya pada kali pertama, Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lalu.
Perbicaraan semalam turut menampilkan Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob memberi keterangan. Beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis ekonomi di sebuah kondominium milik Hassanuddin, pada 26 Jun 2008.
Pada hari berkenaan, Anwar menghubunginya kerana tertinggal surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan saksi itu meminta Mohd Saiful menghantar surat berkenaan kepada Anwar kerana dia sibuk pada hari terbabit.
Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung jam 9 pagi ini dengan Jude dijangka memberi keterangan sebagai saksi akhir sebelum pihak pendakwaan menutup kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan