Selasa, 15 Mac 2011

Isu DNA: Zaid Ibrahim jadi alat Umno, kata Anwar



SHAH ALAM — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebagai “alat Umno” apabila meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR itu menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.

Kata Zaid, dengan menyerahkan DNA ia akan membantu Anwar membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya.

Beliau yang keluar PKR hujung tahun lalu berkata, orang ramai merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang pemimpin enggan memberikan bukti bagi membersihkan namanya sendiri.

Menurut Anwar (gambar), beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bertindak berdasarkan fakta dalam kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari sebagai mangsa dalam kejadian itu.

“Itu pendapat beliau (Zaid) mewakili Umno, buat apa nak ikut cakap beliau.

“Saya melihat dari segi undang-undang dan fakta,” jawab beliau ringkas pada sidang media selepas program Wacana Ekonomi - Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara di sini.

Semalam, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

Tiada ulasan: