Jumaat, 4 Mac 2011

Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat, kata Nurul Izzah

PUTRAJAYA — Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan menjadi ketua pengarang akhbar mingguan Utusan Rakyat apabila ia memperoleh permit penerbitan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen PKR ini berkata Utusan Rakyat bukan organ parti politik, sebaliknya merupakan akhbar berkecuali dengan wakil dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan akan diundang menyertai lembaga penasihatnya.

“Ia bersifat ‘raison d’etre’, bukan setakat menyerang BN," kata Nurul Izzah kepada pemberita.

“Ia organ kepada massa. Kita sangat-sangat memerlukan media arus perdana yang sedaya upaya akan membuat laporan secara objektif, profesional dan beretika,” katanya.

Tiada ulasan: