Sabtu, 12 Mac 2011

Gempa bumi: Wisma Putra buka bilik operasi, hotline

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kementerian Luar membuka bilik operasi dan mengaktifkan hotline di pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini berhubung kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda perairan timur laut Jepun hari ini.

Nombor telefon yang boleh dihubungi di Wisma Putra di sini ialah 03-8887 4570, 03-8887 4770, 03-8889 2746 dan 03-8889 2830, manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon +81334763840.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini kementerian itu berkata pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau dengan rapi perkembangan bencana itu dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya.

“Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa di kalangan rakyat Malaysia akibat bencana itu, dan semua pegawai kementerian serta kaum keluarga mereka dilaporkan selamat,” menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan: