Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka akaun facebook dengan menyamar sebagai milik dewan berkenaan. Setiausahanya, Zainiah Abdul Halim ketika memberitahu Harakahdaily berkata, individu atau pihak tersebut telah menyamar menggunakan nama "Muslimah Pas Negeri Kelantan". Katanya, bukan sahaja membuka facebook sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta tidak sejajar dengan dasar perjuangan PAS. Sehubungan itu, menurutnya, DMPN Kelantan dengan tegas meminta pihak yang tidak beretika itu menutup akaun facebook tersebut dengan segera. Zainiah juga turut berpendapat, facebook itu diwujudkan bertujuan untuk memburukkan imej PAS di samping memberi gambaran buruk pada masyarakat berhubung dasar perjuangan parti yang kini semakin diterima pelbagai bangsa dan rakyat di negara ini. “Facebook rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan adalah "Dewan Muslimat Pas Kelantan",” ujarnya pada satu kenyataan. |
Jumaat, 11 Mac 2011
Facebook palsu Muslimat PAS Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan