Rabu, 2 Mac 2011

Enam Anggota Hindraf Didakwa Di Mahkamah

TVS NEWS



IPOH 2 MAC : Seramai enam anggota kumpulan Hindraf Perak didakwa di Mahkamah Ipoh berikutan mengadakan konvoi kereta di Jalan Besar Jelapang Ipoh, menerusi pertubuhan yang diharamkan kerajaan Persekutuan, Hindraf Makkal Sakti.

Kesemua mereka ditahan semasa mengadakan konvoi bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap penggunaan novel Interlok sebagai buku Sejarah Tingkatan 5.

Antara yang ditahan adalah, Ramesh Periasamy, 40 thaun, J.Vijelingam, 51 tahun, S. Jayakumar, 49 tahun, R.Arumugam, 44 tahun, N. Subramayam, 43 tahun, R.S. Sivagumar, 33 tahun.

Kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM 2,000 ringgit seorang dengan seorang penjamin.

Majistret Intan Nurul Fahena memutuskan kes ini akan dibacakan semula pada April 4 depan.

Peguam yang mewakili tertuduh, Agustine Anthony menegaskan tidak ada kenyataan yang dapat membuktikan Hindraf Makkal Sakti adalah persatuan haram.

Hindraf sebelum ini telah membuat permohonan kepada pihak Pendaftaran Persatuan tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan mengenainya.

Agustine juga menekankan kes ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana di bawah Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan secara jelas menerangkan rakyat berhak untuk bersuara dan menubuhkan persatuan ataupun mengadakan perhimpunan dengan bebas.

Tiada ulasan: