Selasa, 1 Mac 2011

Demonstrasi di London desak beku aset Taib


MALAYSIA KINI

Kira-kira 20 orang, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing, menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di Kota London semalam untuk mendedahkan dakwaan salahguna kuasa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

london protest against taib mahmud 5Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh NGO Bruno Manser Fund (BMF),
di luar bangunan syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah Kota London.

Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Clare adalah pengasas lamanweb Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Taib dan empayar perniagaannya di peringkat global.

Peter (kiri) adalah DJ Radio Free Sarawak, sebuah radio bebas bergelombang pendek yang dipancarkan dari London.

london protest against taib mahmud papa orang hutanIa memfokus kepada aktivis Sarawak dan masyarakat yang
mempertahankan hak ke atas tanah mereka dan menentang dakwaan salahguna kuasa oleh Taib.

Peserta demonstrasi tersebut membawa poster bertulis 'stop timber corruption in Sarawak" dan "freeze Taib assets".

Poster lain pula bertulis "Chief Minister of Sawarak - 30 years is enough!", "stop illegal logging on native lands" dan "respect natives' rights".

Demonstrasi yang serupa yang dianjurkan oleh BMF, turut diadakan di pusat bandar Ottawa, Kanada - di luar satu lagi syarikat hartanah yang dikuasai oleh keluarga Taib - Sakto Corporation.

Minggu lalu, BMF mengeluarkan senarai 49 syarikat empat benua yang didakwanya ada berkaitan dengan Taib dan keluarganya.

Tiada ulasan: