Rabu, 16 Mac 2011

Bila loji nuklear, menteri elak jawab soalan

Regina Lee

Menteri yang bertanggungjawab terhadap kuasa nuklear, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, enggan menyatakan pendirian kerajaan berhubung tenaga atom untuk penjanaan kuasa walaupun ianya di bawah bidangkuasa kementeriannya.

Chin enggan untuk mengesahkan atau menafikan rancangan kerajaan itu ekoran kemungkinan berlakunya peleburan reaktor atom akibat gempa bumi yang melanda Jepun."Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet," katanya.

Ketika diserbu wartawan selepas satu majlis pelancaran motosikal berkuasa bateri litium-ion di ibunegara pagi ini, Chin menjawab "tiada komen" beberapa kali apabila ditanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membina loji kuasa nuklear.

Beliau juga mencampuradukkan nama-nama agensi dalam sidang akhbar selama tiga minit itu dan sering merujuk kepada Perbadanan Tenaga Nuclear, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebagai 'Agensi Pembangunan Nuklear'

Malaysia merancang untuk membina loji 1,000 megawatt kuasa nuklear pada 2022. Ini diumumkan oleh Chin Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap keselamatan loji-loji nuklear timbul di Jepun - operator terbesar loji seumpama itu yang menjana tenaga elektrik -apabila ia kini berdepan dengan ancaman peleburan di loji kuasa nuklear Fukushimanya yang dilanda gempa selepas reaktor gagal untuk menyejukkannya berikutan gempa bumi 9.0 di wilayah Miyagi.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that the government will reject this proposal as many citizens objects to it.

Hinamori berkata...

Kenapa mengelak? Kerajaan harus menjawab persoalan rakyat secepat yang mungkin. Letupan loji nuklear di Fukushima membimbangkan rakyat kemungkinan menerima nasib yg sama sekiranya kerajaan meneruskn jg pembinaan loji nuklear.

Unknown berkata...

Just reject it so you won't be thinking too much.

Unknown berkata...

Sementara itu lebih baik fikir cara alternatif daripada buang masa jalankan kajian itu ini.

Tanpa Nama berkata...

pendrian bagi hal ini harus diberitahu, program nuklear bukan program yang boleh dipandang remeh.

Unknown berkata...

Kalau ada kebocoran, mungkin menteri orang pertama meninggalkan negara.

mike berkata...

nyatakan pendirian sama ada ya atau tidak..

Tanpa Nama berkata...

harap keputusan yang dibuat nanti adalah berdasarkan kajian yang mendalam dan pendangan semua pihak perlu diambil kira.

Unknown berkata...

Penjelasan perlu bagi meyakin rakyat. kajian terperinci harus dilakukan bagi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

evan medhousky berkata...

jika beliau mempunyai pendirian yang sama, pasti beliau sudah mempertahankan hasrat kerajaan untuk membina loji nuklier ini. apa2pun, sebagai menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya menasihati kerajaan supaya tidak meneruskan niat membawa 'bencana' ke negara ini.

Unknown berkata...

Better to not go ahead with the plan to build nuclear plant. You saw what happen to Japan. That should be a strong reason to not build nuclear power plant.

Unknown berkata...

I really hope the government could reconsider their decision. Say NO to nuclear power plant!