Sabtu, 5 Mac 2011

Anwar Cabar Najib Dedah Skandal PKFZ

Ditulis oleh farah azila



PETALING JAYA : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan memikul tanggungjawb bersama meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang mengakibkatkan kerugian sehingga RM12 bilion ringgit.

Anwar berkata Najib dan barisan jemaah menteri ketika itu maklum mengenai laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak peruntukan tambahan untuk projek PKFZ kerana kosnya terlalu tinggi.

Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bagaimana mengenepikan laporan itu dan jemaah menteri memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada lebih RM4 Billion dua tahun lalu.

"Saya cabar Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan untuk memperakui laporan kerta kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut."

"Saya cabar mereka, yang nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau," tanya Anwar pada Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam.

Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek itu. Tuduhan itu mirip kepada pendakwaan yang dikenakan terhadap Tun Ling Liong Sik yang dikatakan menipu Tun Mahathir mengenai jumlah pampasan untuk tapak projek yang sama.

Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persoalan samada Perdana Menteri dan barisan Kabinet bersekongkol meluluskan projek yang menelan belanja begitu besar walaupun mengetahui pulangan yang bakal diperolehi adalah terhad.

Anwar menganggap pendakwaan terhadap dua bekas pemimpin MCA itu bersabit PKFZ sebagai 'wayang" kerana barisan pemimpin dari Umno yang masih berkhidmat dalam kerajaan dikecualikan dari tindakan.

Anwar merujuk kepada pendakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan Perwaja Eric Chia sebagai contoh jelas, pendakwaan terhadap Ling dan Chan tidak akan "kemana-mana".

"Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita, dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia,' kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menegaskan Umno-BN tidak belajar dari keperluan untuk meninggalkan amalan rasuah walaupun kalah teru pada pilihanraya umum 2008.

"Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan

Tiada ulasan: