Isnin, 14 Mac 2011

600 ribu pendatang asing dikesan melalui projek IC di Sabah

Sumber KeadilanDaily

KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi dan masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, menurut kajiannya sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Katanya, daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 1.6 juta penduduk, seramai 600 ribu adalah warga asing tidak termasuk pendatang yang memiliki permit sah.

Kalau dulu jumlah penduduk di Sabah adalah dua pertiga dari jumlah penduduk Sarawak, sekarang Sarawak dua pertiga daripada jumlah penduduk Sabah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembentukan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Asing (PATI) di Sabah pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan semalam.

Projek IC di Sabah merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Dr Chong mengupas tentang Projek IC bagi membawa pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990 an.

Dr Chong merupakan bekas calon PBS yang memfailkan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 kerana membantahkan kewujudan pengundi hantu yang menyebabkan kekalahannya di kawasan itu.

Beliau mengulas pengakuan bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim yang ditangkap di bawah ISA dan beberapa buku yang ditulis secara terpeinci oleh seorang penulis bernama Mutalib MD mengenai projek IC di zaman Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh.

“Dia (Hassnar) masuk ISA kerana peranannya dalam projek IC. Dia dedah ada mesyuarat yang dijalankan di Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Megat Junid Megat Ayub, siapa yang hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Haji Sani Adnan dan beberapa orang lagi,’”

“Dalam buku Mutalib, Projek IC- agenda tersembunyi Mahathir, dia tulis terang-terang siapa yang ada pada mesyuarat itu. Semua ada ditulis di dalam buku itu,” katanya yang kini telah menyertai KEADILAN.

Katanya, beliau langsung tidak berharap kerajaan Umno-BN akan mempunyai kesungguhan politik untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat isu itu yang disifatkan sudah begitu kritikal.

“Kita boleh selesai hanya dengan satu cara, kita tukar kerajaan di Putrajaya. Kita Pakatan Rakyat, Pas, Keadilan dan DAP telah bersetuju akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan awam untuk menyiasat perkara ini. Ini kerana soal keselamatan, kedaulatan kita untuk anak-anak cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.

27 ulasan:

elia berkata...

Sungguh besar amount itu! Semakin hari semakin teruk! semakin hari semakin berkembang pendatang asing Di Sabah!!

elia berkata...

600 ribu orang ini harus dihalau keluar dari Sabah, lagi cepat lagi bagus!!

Hinamori berkata...

wow!!! ramainya yg bminat jd Sabahan. Perlu disiasat ni.

Tanpa Nama berkata...

pendatang asing ini perlu dibatalkan IC mereka dan mereka harus dihantar semula ke negera mereka.

Mohd Ishak berkata...

Mereka yang mendapat MyKad mereka menerusi cara yang tidak sah patut dibatalkan kewarganegaraan mereka. Mereka yang menggunakan IC palsu pula patut dihukum penjara.

Unknown berkata...

Whoaaa...tidak tersangka begitu banyak pendatang asing di sabah!

Unknown berkata...

Kerajaan kenalah tingkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah ini!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zam berkata...

isu ini perlu diberikan perhatian. harap ianya dapat diselesaikan.

Bujang Senang berkata...

Memang perkara ini perlu ditangani secepat yang mungkin..Untuk mengelak lebih ramai PATI yang dapat MyKad.

Tanpa Nama berkata...

sampai bila kerajaan persekutuan terus berdolak dalik dalam isu ini? masalah PATI di negeri ini sudah sampai ke tahap kritikal dan rakyat Sabah tidak akan bertolak ansur sekiranya kerajaan masih enggan menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau kerajaan persekutuan tidak mahu menubuhkan SSD sekalipun, sekurang2nya lakukan operasi besar2an untuk membawa PATI keluar dari negeri ini dan mengesan semua pemilik IC projek.

Tanpa Nama berkata...

600 ribu orang ini patut pindahkan dan tempatkan mereka di Putrajaya..

Tanpa Nama berkata...

pasti ada rekod yang disimpan oleh pihak berkenaan mengenai siapa yang terlibat dan siapa yang mendapat IC palsu ini..

Tanpa Nama berkata...

pihak KDN harus menubuhkan SSD untuk menyelesaikan isu PATI di sabah..

Tanpa Nama berkata...

cukuplah dengan kata2 manis yang tidak berasas dari pihak berkenaan..buat tindakan yang pratikal dan efektif...dan SSD adalah antara cara yang amat sesuai digunakan untuk menyelesaikan isu ini.

Tiada Nama berkata...

Siasatan harus dilakukan & mereka ini harus dikesan.

Nemia berkata...

This is an old issue which is still highly debated now.

onong berkata...

Adakah IC di Sabah mudah didapati?

noemi berkata...

The authorities should do something about this.

Velove berkata...

Jadi tunggu apa lagi? Tindakan harus diambil.

chimchim berkata...

That's a lot.

Paquin berkata...

waa banyaknya.. huhuhu. Ambillah tindakan yang patut jangan sampai amaunnya terus bertambah.

Paquin berkata...

Baru2 ni saya tebaca remaja filipin 18 & 15 tahun yang dapat mykad dari agen kena hukum penjara oleh mahkamah. Hal ini menyebabkan saya terfikir, manusia manakah yang sanggup memperdagangkan taraf kewarganegaraan. huhu

Paquin berkata...

Isu pati memang harus diselesaikan segera. Hal ini telah lama berlanjutan dan jika terus kekal seperti ini, ia mampu mengundang masalah yang lebih besar.

Paquin berkata...

Dalam menanggani masalah ini, ia tidak harus dipolitikkan bagi memastikan jalan penyelesaian ditemukan secepatnya.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita mengharapkan yang terbaik dalam hal ini demi kepentingan semua pihak.