PUTRAJAYA: Selangor masih lagi merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 368 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 297 kes dan Sabah, 184 kes.
Terdapat 106 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan tiga kematian dan tiga kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,220 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 89,133 kes.
Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 14,671 kes.
“Bagi kes di Selangor, daripada jumlah 368 kes bagi hari ini, sebanyak 247 kes adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.
“Sebanyak 135 kes hari ini pula, adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan