Jumaat, 18 Disember 2020

Selangor, KL, Sabah sambung PKPB sehingga 31 Dis

MGF220720_SIDANG-DEWAN-RAKYAT-28
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang sepatutnya tamat Ahad ini dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara kes positif Covid-19 yang direkodkan sehingga semalam.

“Sebanyak 22,931 kes positif Covid-19 direkodkan di Selangor, manakala 9,426 kes bagi Kuala Lumpur sehingga semalam.

“Oleh itu, atas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan PKP hari ini.

Seluruh Sabah juga PKPB dilanjutkan sehingga 31 Disember ini manakala di Negeri Sembilan hanya Port Dickson dilanjutkan PKPB.

Begitu juga di Johor Bharu, Batu Pahat dan Kulai. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: