Ehsan A Marisah
Pembayaran
zakat boleh dilakukan di lima saluran yang disediakan PPZ-
MAIWP. Inilah
masanya untuk anda membantu mereka yang memerlukan.
- Gambar fail
BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
menyediakan lima saluran pembayaran zakat sempena Kempen Year End Zakat (YEZ).
Ketua
Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, saluran
pembayaran zakat berkenaan adalah menerusi 10 kaunter PPZ-MAIWP, portal
PPZ-MAIWP, Skim Potongan Zakat Bulanan, dari pintu ke pintu (door to door) dan ejen-ejen kutipan zakat.
“Kempen
ini bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang
perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai
menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Disember
ini dan mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2020.
“Dalam
pada itu, kempen yang diawalkan pada 16 November itu bagi mengelakkan
orang ramai bersesak di kaunter pembayaran di samping mengekang
penyebaran COVID-19,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini selepas satu
majlis menyempurnakan kempen YEZ 2020 itu.
Mengulas lanjut, beliau menambah, orang ramai boleh membuat pembayaran zakat seperti berikut:
1. Kaunter PPZ-MAIWP
Sebanyak
10 kaunter dibuat setiap hari termasuk cuti umum yang beroperasi dari
jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang sepanjang November dan Disember.
PPZ-MAIWP
sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut SOP yang telah
ditetapkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pembayar zakat
serta kakitangan terjamin.
2. Portal PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP menggalakkan urusan pembayaran zakat dilakukan secara dalam talian melalui www.zakat.com.my dan bayaran boleh dilakukan 24 jam sehari dan di mana-mana sahaja.
3. Skim Potongan Zakat Bulanan
Lebih mudah dan menjimatkan masa sekiranya para pembayar terus melakukan potongan gaji secara bulanan di ptg.zakat.com.my
4. Door to Door
Perkhidmatan khas Door to Door
melalui Zakat Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB) kepada pembayar
yang tidak berkesempatan untuk ke kaunter serta yang mahukan layanan
secara peribadi.
Bayaran minimum untuk perkhidmatan ini adalah sebanyak RM2,000.
5. Ejen kutipan zakat
Kaedah pembayaran ini boleh dibuat melalui ejen rasmi yang dilantik PPZ-WAIWP melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter bank dan pos.
Sementara
itu, Ahmad Shukri memberitahu, pembayar zakat berpeluang memenangi
lebih 2,000 hadiah melalui saluran-saluran pembayaran yang disediakan
oleh PPZ-MAIWP pada tarikh berkenaan.
“Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan serta tertakluk kepada terma dan syarat.
“Selain
itu, pembayar zakat berpeluang memenangi 1,000 e-baucar Barangan Asnaf
Preneur dengan jumlah keseluruhan bernilai RM50,000 yang hanya boleh
ditebus di kedai-kedai yang diusahakan oleh usahawan asnaf.
“Inisiatif
ini bukan sekadar memberi penghargaan kepada pembayar zakat tetapi
dapat membantu asnaf menjana pendapatan di waktu sukar ini,” katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian zakat 1-300-88-5757, portal www.zakat.com.my atau emel kepada info@zakat.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan