Selasa, 1 Disember 2020

Pelajar kolej pula dakwa jadi mangsa dicabul pendakwah selebriti .

Kumara Sabapatty
MGF270420_RAMPASAN-BARANG-KES-PENIPUAN_06
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Seorang gadis pelajar kolej tempatan mendakwa menjadi mangsa cabul seorang pendakwa selebriti yang kini sedang direman bagi membantu siasatan dakwaan rogol pada 27 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima aduan mangsa yang berusia 22 tahun, sektar jam 3.51 petang semalam.

“Mangsa yang masih menuntut di kolej tempatan mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki warganegara tempatan berusia 25 tahun ‘public figure'(disyaki pendakwah muda)

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu (Ahad) sekitar jam 1 pagi semasa dipelawa suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar mangsa ilmu pemasaran perniagaan.

“Semasa berada di rumah suspek, mangsa telah dicabul oleh suspek dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut Nik Ezanee, rentetan kejadian itu mangsa mendakwa telah mengalami trauma kuat dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Da’i muda direman bantu siasatan dakwaan rogol gadis

Menurut beliau, suspek masih ditahan oleh polis berkenaan satu lagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bersabit laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam sehingga 1 Disember ini.-

Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee pada 27 November lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: