Ahad, 6 Disember 2020

Masih ada jemaah tabligh ‘terperangkap’ di India

3BE19341-9743-4B4D-BD39-26B433F74F31

KUALA LUMPUR – Kurang daripada 10 jemaah tabligh masih ‘terperangkap’ di India dan masih belum pulang ke negara ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, status itu berlaku keadaan itu berlaku kerana India mempunyai sistem perundangan berbeza di setiao negerinya.

“Daripada hampir 200 jemaah tabligh, kita sudah bawa balik semua tinggal kurang daripada 10 ini sahaja, kita sedang usahakan,” jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di Pekan Sungai Besi di sini hari ini.

Sebelum itu, seramai 180 ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia sudah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana iaitu pada 18, 22, 29 Julai, 26 Ogos; 18, 9, 14, 23 September dan 30 Oktober lalu juga bulan lepas.

Semua ahli jemaah tabligh yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin sejajar dengan peraturan ditetapkan kerajaan. 

Terdahulu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR) turun padang termasuk melawat Balai Polis Sungai Besi dan pasar pagi untuk mengetahui sendiri tentang penularan dan pencegahan wabak Covid-19.

Malah beliau turut menghulurkan sumbangan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan juga peralatan lain bagi membantu penduduk setempat menangani penularan pandemik.

Kebanyakan mereka kelihatan gembira dengan kehadiran beliau dan berharap pelbagai permasalahan terutamanya ketika keadaan ekonomi merudum mendapat perhatian kerajaan.

AB94DFE8-E83C-4127-BAA7-9835E348AA82 

Ketika ditemui pemberita selepas sesi walkabout kedua beliau, Kamaruddin berkata, beliau melakukan pantauan serta aktif dan fokus dengan kehendak dan keperluan mereka kerana ini adalah masa yang cukup genting buat semua.

“Saya memang kerap turun padang, pusat aduan BTR juga aktif kita sentiasa fokus apakah keperluan. Adalah penting untuk sentiasa mendengar keluh kesah mereka supaya kita mudah engage.

“Saya telah turun ke Balai Polis Sungai Besi tadi, ada jumpa dengan ketua balai berkongsi pandangan tentang kawasan sekitar sini. Juga berkesempatan untuk jalan sedikit sekitar pasar pagi.

“Ini norma baharu, masing-masing sedang belajar berdepan dengan cara baharu ini saban hari.

“Saya puas hati untuk lihat semua mematuhi garis panduan yang telah disediakan untuk tangani Covid-19. Kita juga ada beri sumbangan dan terus fokus dalam mencegah pandemik ini,” katanya.

812CABA0-1A47-4DC7-B74C-F3E510FCAC10 

Turut bersama beliau Pengerusi Perwakilan Penduduk Sub Zon 5 Bandar Tun Razak, Farouk Mohd Noor yang bersama-sama melakukan walkabout bersamanya sambil memberi perincian berhubung permasalahan warga BTR.

Untuk rekod, Kamaruddin mempunyai pengalaman empat penggal berbakti kepada penduduk di Tumpat, Kelantan sebagai ahli Parlimen akan dijadikan bekalan untuk terus berkhidmat dengan baik di Bandar Tun Razak.

82F9CC35-80CB-4F10-A6D9-18C32A2AF7CF 

Kamaruddin pernah menang empat kali berturut-turut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2004, 2008 dan 2013. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: