Jumaat, 18 Disember 2020

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

 Oleh Zaid Salim

Petugas kesihatan berpakaian PPE melakukan ujian Covid-19 kepada mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas. - NSTP/Ihsan MPKK Teladas
Petugas kesihatan berpakaian PPE melakukan ujian Covid-19 kepada mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas. - NSTP/Ihsan MPKK Teladas

CHUKAI: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 171 kepada 275 membabitkan 81 keluarga di empat daerah sehingga jam 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata semua mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara di empat daerah iaitu Kemaman, Besut, Setiu dan Dungun.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 171 kepada 275 membabitkan 81 keluarga di empat daerah sehingga jam 8 pagi tadi. ARKIB NSTP
Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 171 
kepada 275 membabitkan 81 keluarga di empat daerah sehingga 
jam 8 pagi tadi. ARKIB NSTP

Katanya, di Kemaman seramai 203 mangsa membabitkan 56 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan, sementara di Dungun 23 mangsa dari enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Minda manakala, di Besut kekal dengan 18 mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Futsal Keruak.

"Setiu membuka satu lagi PPS menjadikan setakat ini dua PPS dengan seramai 31 mangsa dari 15 keluarga," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelihatan dua orang perempuan berjalan meredah hujan menggunakan payung di Kampung Cina (Chinatown). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat, dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur yang bermula hari ini. - NSTP/Ghazali Kori
Kelihatan dua orang perempuan berjalan meredah hujan 
menggunakan payung di Kampung Cina (Chinatown). Jabatan 
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan 
amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat, 
dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur yang 
bermula hari ini. - NSTP/Ghazali Kori

Tambahnya, berdasarkan laporan Jabatan Pengairan Dan Saliran negeri, beberapa batang sungai utama di seluruh daerah di negeri ini turut menunjukkan trend menaik berisiko banjir.

"Enam sungai utama di seluruh negeri ini kini melepasi paras bahaya iaitu dua di Kemaman membabitkan Sungai Kemaman di Kampung Air Putih dan Sungai Tebak di Kampung Tebak, masing-masing berada pada paras 19.59 dan 14.07 meter," katanya.

Tiada ulasan: