KUALA LUMPUR – Polis dijangka menghentikan sekatan di jalan-jalan rentas negeri mulai Isnin.
China Press melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pemansuhan larangan rentas negeri, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah negeri tidak akan dihentikan untuk menekankan kepentingan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).
Sumber memberitahu, strategi kerajaan adalah menumpu perhatian kepada kawasan merah yang berdepan keadaan lebih serius dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Di kawasan lain pula, aktiviti ekonomi dibenarkan seperti biasa, tetapi menekankan pematuhan SOP dalam usaha memerangi penularan wabak.
Sehingga Sabtu, negeri dan wilayah yang melaksanakan PKPD adalah Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan