Khamis, 10 Disember 2020

Kerajaan kaji laksanakan semula GST, model cukai lain

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, ketika mengumumkan perkara itu berkata aspek kelemahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada serta sistem GST yang dilaksanakan pada 2015 turut diteliti.

Selain itu, katanya, kajian meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai terhadap harga barang dan keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

"Sebarang cukai baharu jika ada, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

"Berhubung dengan Cuka Kekayaan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk melaksanakannya pada masa ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai sama ada kerajaan akan melaksanakan semula GST atau Cukai Kekayaan untuk meningkatkan pendapatan negara.

Tiada ulasan: