Khamis, 3 Disember 2020

Kedah benarkan syarikat tempatan teroka mineral baharu

Siti Fatimah

 

Miliki deposit mineral dianggarkan berjumlah RM62 bilion

ALOR SETAR – Sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah dianugerahkan permit kelulusan bagi meneroka dan mengekstrak sumber mineral jenis ‘rare earth elements’ (REE) di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah memiliki deposit mineral itu dianggarkan berjumlah RM62 bilion di seluruh negeri dan syarikat berkenaan diberi kelulusan itu pada minggu lepas untuk melakukan kerja-kerja penerokaan di satu kawasan di negeri ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan anggaran nilai deposit mineral terbabit yang terdapat di kawasan berkenaan dan bila syarikat tersebut akan menjalankan penerokaan.

“Syarikat tempatan itu turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah firma antarabangsa untuk penerokaan tersebut. Mereka akan menjalankan kerja-kerja penerokaan di Sik,” katanya.

Menurutnya, syarikat berkenaan akan melaksanakan kerja penerokaan dan aktiviti mengekstrak mineral itu tanpa melibatkan kaedah perlombongan. – Bernama

Tiada ulasan: